Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kita semua ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izinnya kita diberi peluang bersua di wadah maya laman web rasmi Era Skill College. Saya berasa amat berbesar hati di atas kemunculan wajah baru laman web ini. Sekalung tahniah kepada pasukan webmaster yang telah berusaha sehingga berjaya membangunkan laman web rasmi Era Skill College ini. Melalui laman web ini, besar harapan saya agar ianya akan memberikan maklumat dan pendedahan kepada masyarakat untuk lebih mengenali Era Skill College
Era skill college menawarkan 3 kursus sijil kemahiran malaysia iaitu teknologi kimpalan & fabrikasi logam, kimpalan arka berperisai dan juga mekanik kenderaan motor.
Selain itu, pihak kolej juga menawarkan kursus tambahan iaitu kursus personal, akreaditasi dan juga kad hijau dengan sasaran utama adalah kepada komuniti setempat dan juga pelajar sekolah.
Mengikuti peredaran masa pada era globalisasi ini, di mana maklumat hanya dihujung jari, penghasilan laman web era skill college ini adalah satu langkah yang tepat dalam mempelbagaikan kaedah dan cara berkomunikasi dengan masyarakat dan komuniti setempat. Salah satunya dengan penggunaan laman web dan e-mel selain daripada pendedahan kepada elemen- elemen teknologi maklumat yang lain.
Adalah besar harapan pihak kolej dengan adanya laman web ini ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam mengenali dan mengikuti perkembangan semasa era skill college. Pihak kami sangat mengalu-alukan sebarang pertanyaan serta pandangan yang membina dalam memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan.
Akhir bicara, salam mesra dari saya dan semoga kita akan bersua lagi di lapangan yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Wahid bin zainal
Pengarah urusan
Era Skill College